Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 12 Julai 2011

Mee Sanggul Goreng

Alhamdulillah, petang ni sempatla masak juadah untuk berbuka dan untuk makan malam. Dari tempat kerja lagi dah berhasrat nak masak mee sanggul goreng. Dah pesan suami suruh dia beli udang untuk dimasukkan kedalam mee tu. 

Balik kerja barang-barang dah ada, so tinggal nak proses aja lah. Masak pun simple sangat, aci bubuh apa yang ada. Inilah hasilnya :)

Menu untuk berbuka...Mee Sanggul Goreng
Saya guna mee sanggul Desa Azman, keluaran bumiputera. Beli masa ceramah Ustz. Shamsuri kat masjid al-Muttaqin Bandar Darulaman. Kiranya tak pernah miss lah beli setiap bulan. Kat kedai tak tau la ada ke tidak. Tak sempat nak riki. 

Bungkusan dan rupa mee tu seperti gambar dibawah.

Packaging mee sanggul
Rupa mee sanggul setelah dikeluarkan daripada plastiknya
Untuk resepi :


Mee Sanggul Goreng
by Shikin @ Dari Dapur Ummi
1 peket mee sanggul - rendam seketika
2 ulas bawang putih - diketuk
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap
garam dan gula secukup rasa
sawi
udang,ayam, sotong ( apa shj yang difikirkan sesuai)
minyak untuk menumis

  • panaskan minyak,tumis bawang putih sehingga naik bau
  • masukkan cili kisar, kacau seketika
  • masukkan pula serbuk kari daging. biar sehingga pecah minyak
  • masukkan sos cili dan kicap serta garam gula secukupnya
  • masukkan udang
  • kemudian masukkan mee sanggul dan sawi
  • kacau sehingga semua sebati
  • sedia untuk dihidangkan

Radix ais....
Lebihan udang saya buat sambal tumis. Boleh juga dibuat lauk untuk bersahur nanti.


Ikan temenung yang  4,5 ekor tu digoreng celup tepung.


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kongsi Resepi

    Terdapat ralat dalam alat ini