Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 18 Jun 2012

Apam Blossom aka Apam Polkadot

Hm...hari ni nak post entry tentang Apam Blossom atau Apam Polkadot. Ini bukan hasil masakan terkini saya ye sebab apam ni saya buat beberapa minggu sudah. 

Dah abih masuk dalam perut. Cuma tak sempat nak masukkan dalam blog jer. Tak pe lah kan...

Kali pertama buat apam polkadot ni memang excited abih, tambah-tambah bila tengok comel jer dot-dot yang jadi tu.

 
Cuma, bila dia buat perangai mekar setaman tu yang tak berapa syok. Dah jadi Apam mekar la pulak.



Seronok bila mencuba resepi2 yang baru. Rasa puas hati dapat buat dengan tangan sendiri. Takder la asyik orderrr memanjang.
 
APAM BLOSSOM
 
Sumber : AmFlora
 
Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus -
150gm susu segar
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

Cara-caraMasukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg digemari
Masukan separuh adunan ke dlm paper cup yg diletak dlm acuan lompang dan letakkan filling (bluberry/kcg merah) ~saya letak filing strawberry~ dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh .
Kukus dgn api yg sederhana selama 10 minit.
(air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih)

Nota : api kukusan jgn terlalu kuat nanti permukaan apam pecah ~ni agaknya yang menjadi penyebab apam saya kembang setaman~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini