Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 19 Jun 2012

Cornflakes Kismis Berkacang


Resepi ni dah lama saya simpan. Rasanya bulan Ramadhan tahun lepas lagi. Cuma tak menyempat-nyempat nak buat. Haishh asyik tak sempat...ntah bila yang sempat pun tak tau...

Tapi dua tiga hari lepas terasa nak mencuba resepi yang simple ni. Bahan-bahan pun dah ada, tinggal nak godek jer...

Cuma tu lah...sebab malas nak tinggal saki baki cornflakes, saya tuang satu kotak ke dalam adunan. Sbb tu hasil cookies saya ni tidak begitu padat. Maka berderailah cookies saya bila dipotong.

Jadi, jln penyelesaiannya saya simpan jer cookies ni dalam peti sejuk sbb kalau sejuk teksturnya jadi padat dan tidak berderai.



Cornflakes Kismis Berkacang
Resipi oleh ~ Chef Wan ( TQ )
Sumber : Diana 

Bhn²
1/4 cawan marjerin _ (saya guna mentega)
1/4 cawan gula
1/4 cawan madu
1 cawan kacang _ d cincang ( Saya guna gajus )
1/4 cawan kismis kering
2 cawan Kellogg's Corn Flakes
~saya buat 2 adunan, tapi cornflakes saya masukkan sekotak~

Cara²
  1. Campurkan marjerin / mentega, gula dan madu d dalam kuali leper dan panaskan d atas api sederhana.. Kacau sentiasa.
  2. Kecilkan api dan reneh selama 3 minit.. kacau sentiasa.
  3. Tutupkan api dan masukkan corn flakes, kacang dan kismis.. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang 23 x 23 x 5 cm yang telah di sapu mentega ( saya alas dengan aluminium foil ) dan tekan adunan hingga padat.
  5. Sejukkan sehingga adunan padat.. 
  6. Potong bentuk bar mengikut saiz yang di kehendaki.
  7. Boleh juga d simpan d dalam cawan kertas.
  8. Simpan d dalam balang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini