Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 26 Jun 2012

SIAKAP SWEET SOUR

Kalau masak siakap, selalunya sweet sour @ tiga rasa menjadi pilihan utama. Kalau masak 2 jenis ni, memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada suami dan anak-anak.

Kali ni siakapnya kecik2 ajer. Lebih kurang besar ikan kenbung. Tak la happening sangat bila dihidang dalam pinggan. Tapi suami dan anak-anak lagi suka, sebab bila ikan kecik boleh goreng garing-garing (kat rumah saya memang style goreng ikan nak garing-garing). Lepas tuang kuah sweet sour...mak aihhh masyuk betul rasa dia. Siap ratah-ratah tu...


SIAKAP SWEET SOUR
By Shikin

Bahan Dan Cara Membuatnya

Ikan
Ikan siakap
Garam
Serbuk lada sulah
Tepung Ubi
  • Siang ikan, basuh bersih-bersih dan toskan. Lumur ikan dengan garam dan lada sulah. Tabur sedikit tepung ubi, ratakan keatas ikan.
  • Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak (deep fry) sampai masak. Angkat dan ketepikan.

Kuah Sweet Sour
1 biji bawang besar ~ potong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
5 biji cili padi (optional) ~ hiris
Nenas ~ potong dadu (Nenas kecil jadi saya guna satu biji.)
Timun ~ potong dadu
Garam dan gula secukupnya
Minyak
Air
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  • Masukkan kesemua jenis sos. Masak sekata.
  • Masukkan cili padi, garam dan gula secukup rasa.
  • Tambah air kalau kuah terlalu pekat.
  • Masukkan nenas dan timun. Kacau sehingga semuanya bergaul mesra.
  • Bila semua cukup masak, padamkan api.
  • Curahkan kuah keatas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini