Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 10 Jun 2012

Sup Merah Tulang

Sesekali mencipta kelainan. Selalu buat sup, kuahnya sama ada putih jernih atau sedikit keruh.

Kali ni saya cuba buat Sup Merah Tulang. Resepi ambik daripada K.Nor@Secubit Garam.

Rasanya boleh tahan, memang lain lah dari sup yang biasa kita masak. Sedap kalau masak dengan nasi putih. Buat cicah roti pun sedap nih...

Suami pula siap namakan sup ni sebagai sup mamak. Eh!!! Ada ker sup mamak???

Apa-apalah, yang penting sup yang disajikan habis licin disantap suami dan anak-anak...


SUP MERAH TULANG

BAHAN2
  • 1kg daging/tulang (kambing/lembu) ~ saya guna tulang lembu
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1-2 biji buah tomato ~ tak letak sbb x der stok dlm esbok
  • 2 sb rempah kari daging
  • 3 sb gula (blh ditambah ikut rasa masing2)
  • 3 sb sos cili (blh ditambah)
  • Air secukupnya
  • sedikit garam
  • sedikit minyak (utk menumis)
Bahan Kisar
  • 10 tgkai cili kering (nak pedas blh lebihkan)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1" halia

Caranya
  1. Tulang kambing digaul dgn tepung terlebih dulu (utk hilang bau hamisnya) dan dicuci. (Kalau lembu x perlu digaul dgn tepung). 
  2. Rebus tulang tersebut dengan titikkan serai (2 btg), bawang putih (2 ulas) & halia (1"). Didihkan sehingga masak. 
  3. Sementara itu, dalam periuk yg lain, tumis bahan yg telah diblender dgn sedikit minyak, masukan tomato puri, rempah kari dan tumis hingga garing.
  4. Letak chili souce & gula lalu dimasukan air diikuti dgn garam. 
  5. Masukkan daging yg dah direbus , sekali dgn air rebusan. Kalau air rebusan tu sedikit saja boleh ditambah dgn air biasa. 
  6. Bila dah agak nak mendidih masukkan buah tomato dan biar sehingga betul2 mendidih dan agak pekat. (Bagi yg suka blh juga letak carrot/kentang).  
  7. Setelah masak boleh dihidangkan dan taburkan bawang goreng & daun sup. Sedap dimakan panas2.. 

2 ulasan:

  1. cakap pasal sup tulang merah nih, saya baru jer upload pics kat blog saya masa gi makan kat Beach Road Gardens Singapore. Best sangat. 15 ketul habis sekelip mata hehe. Sedut punye sedut sampai pening di buat nye.

    Senang2 tu singgah la yer kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan makan dan makan jer 100% takder topik lain. Kebanyakan nye di area JOHOR maklum la orang JB.

    Jangan lupa follow blog saya tau TQ TQ TQ...

    BalasPadam
  2. Papa-Ntiq : Best kan sup ni? Kalau sebelah utara ni tak pernah jumpa lagi sup merah tulang cam ni. Maybe asalnya daripada selatan kot...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini