Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 13 Ogos 2012

Biskut Bunga Cina


Biskut Bunga Cina 
By Shikin
Resepi : Kak Jee

Bahan2nya:
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi
100 gm butter
1 biji telor
90 gm gula caster


Cara membuatnya:
Mentega dibiarkan dalam suhu bilik. Lepas tu pukul sama gula sampai kembang. Masukkan telor dan pukul lagi sampai kembang.

Sementara itu, ayak tepung jagung dan tepung ubi. Masukkan sedikit sedikit ke dalam bancuhan butter dan gaul perlahan sampai jadi doh. 

Pastu gunakan acuan semperit dan tekan. Bubuh ceri di tengah.(Saya letak coklat cip)

Bakar selama kira2 8 minit suhu 170 darjah. Sejukkan dan simpan.

Kalau tak nak bubuh warna purple (ungu) bubuhlah sedikit pewarna kuning supaya nampak berseri sedikit biskut ni. Tapi kalau nak kekalkan warna putih pun apa salahnya. Selamat mencuba.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum, teringin sgt nak buat biskut ni.nak tanya telor tu masukkan dua2 putih dan kuning ke?

    BalasPadam
  2. salam. ye suria. telur tu masukkan putih dan kuningnya sekali.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini