Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 5 Ogos 2012

Sambal Sotong

Sambal sotong ni digandingkan dengan ketam masak lemak.


Sambal Sotong
By Shikin

Bahan-Bahannya
1/2 kg sotong
10-15 tangkai cili kering - blend dengan bawang besar
3 biji bawang besar - sebiji dihiris bulat2, 2 biji lagi diblend dengan cili kering
Air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
  • Siang sotong ( ikut cara masing-masinglah, kalau saya siap buang kulit, mata, gigi dan tulangnya.). Basuh bersih2 dan toskan.
  • Masukkan sotong kedalam satu bekas. (besen @ mangkuk).
  • Kemudian masukkan cili kisar, air asam jawa serta gula. Gula jangan banyak sangat, lebih kurang 1-2 sudu besar. Gaulkan semua bahan sebati. Perap lebih kurang 1/2 jam.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar yang dihiris bulat sampai layu. Masukkan sotong yang telah diperap tadi.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga cili garing dan pecah minyak. Masukkan garam.
  • Rasa masin manis masam secukupnya. Kalau kurang, bolehlah ditambah apa yang patut.
  • Padamkan api dan dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini