Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 24 Ogos 2011

Suci Dalam Debu

Sesetengah orang panggil biskut ni Popia Salju. Ada juga yang sebut Suci Dalam Debu. Tak kisahlah apa namanya, yang pasti biskut ni memang sedap dan sentiasa menjadi rebutan he he.

Bukannya apa, sebab rasanya yang crunchy dan sedap. Makan banyak-banyak pun tak jemu sebab rasanya yang lemak-lemak manis. Hmmm...memang sedap. Cuma tang nak melipat kulit popia tu yang lambat sikit. Tapi takpa, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Ok mari kita tengok resepi Suci Dalam debu ni...



Suci Dalam Debu
by Shikin @ Dari Dapur Ummi

Bahan-Bahannya
1 bungkus kulit popia (saiz sederhana)

- kulit popia dipotong 4 secara memanjang dan dilipat 4
*updated - boleh juga digamkan dengan bancuhan tepung gandum bersama sedikit minyak masak untuk mengelakkan ia terbuka. 
- goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan
- angkat dan toskan

Untuk bahan tabur
1 cawan nestum
1/2 cawan susu tepung
1/4 cawan gula
- blend bahan-bahan diatas sehingga halus
- golekkan kulit popia yang telah kering minyak tadi di atas serbuk tersebut
- isikan di dalam bekas kedap udara

9 ulasan:

  1. carik2 jumpa kat sini resepi suci dalam debu... izin cnp ye... follow

    BalasPadam
  2. Cheq Sue : silakan cnp dan dan mencuba repsepi tersebut :)

    BalasPadam
  3. boleh saya tahu puan pakai susu tepung brand apa ya

    BalasPadam
  4. Puan Aishah : Biasanya saya guna brand nestle(everyday)

    BalasPadam
  5. salam,nk minta izin cnp juga,n saya nk tanya kt kulit popia tu perlu letak putih telur @ tepung x utk mengelak ia ternuka waktu menggoreng

    BalasPadam
  6. Kiroh : Boleh juga nak letak, tapi seeloknya letak tepung. Sebab kalau letak telur, dibahagian yang ada telur tu susah nak garing. Saya dah updated kat atas.

    BalasPadam
  7. as'salam saya nk tnya kalau nk campurkn sekali dngn oat blh x.

    BalasPadam
  8. asmaa: tak penah pulak cuba letak oat. kalau letak horlicks tu ada lah... kalau nak cuba boleh aja..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Tolong bagi makan sat...Cam ner?? Klik ajer...