Blossom Pineapple Tarts
Hari ni sempat buat sejenis biskut. Tu pun dah pukul 3 petang baru start menggodek-godek kat dapur. Sepagi tadi kat hospital,bawa Nuha pegi checkup. Demam selsema dan batuk berterusan lebih seminggu. Masuk hari ni dah kali ke empat ambil ubat. Harap-harap kali ni lega.
Ok, balik semula ke cerita masak-masak, petang ni saya buat Blossom Pineapple Tarts. Dah lama duk peram resepi yang saya ambil daripada Myresepi ni. Tercapai juga hajat untuk membuatnya.
Terima kasih kepada pemilik asal kerana sudi berkongsi resepi ini. Saya panjangkan pula resepi anda dalam blog saya ni.
Resepinya kat bawah :
Blossom Pineapple Tarts
Bahan-bahan ( 90-100 keping )
250 g mentega
1 sb susu manis
1 biji kuning telur
10 sb tepung jagung/kastard - ayak
1 sk esen vanilla (opt)
350 g tepung gandum - ayak (tambah jika adunan lembik)
inti nanas secukupnya
paper cup kecil secukupnya
Cara-cara
- Mentega,susu manis,kuning telur,vanilla dan tepung jagung/kastard dikacau hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum sedikit2 sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
- Canai doh dan terap dengan penerap berbentuk bunga.
- Bubuh doh bunga kedalam papercup yg beralas mangkuk2 alum.Isi inti nanas dan hias.Bakar pd suhu 165C selama 20 min atau hingga garing mengikut suhu oven masing2
Ulasan
Catat Ulasan