Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 31 Oktober 2012

Red Velvet Cup Cake (RVCC)


Letak entry RVCC ni. Kek dah yillek...hehehe

RED VELVET CUPCAKES

By Shikin
Sumber : Nurul@Cakes2UAnnaQawina
Bahan-bahan

A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
280 g gula castor
C:
2 biji telur (gred B)
D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @cuka kurma
1 camb pewarna merah
E:
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)



CARA-CARA:
Ayak (A)-ketepikan
Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
Masukkan (D)-pukul hingga sebati
Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
Masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese frosting.


CREAM CHEESE FROSTING 
Utk Cupcakes, gunakan separuh dari resepi dibawah)
By Shikin
Sumber : MakLang Azie & Rohana Ramli, AnnaQawina


Bahan-Bahan
500 grm whipping cream-brand RICH
250 grm cream Cheese-brand SCS
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste


Cara -cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda

Isnin, 29 Oktober 2012

Ayam Masak Kicap...so simple...

Resepi simple dimple jerrr...tapi yang simple2 ni lah menjadi pujaan suami dan anak-anak.

Masak kicap ni saya buat untuk anak2 makan dengan nasi daging hari tu. (ye lah, budak2 kan kurang sket makan daging, kalau ayam laju jerrr...)

Tengok2 bukan anak2 aja yang pulun, habis ngan abahnya, tok wan dan pak2 penakan pulun sama...hehehe.



Ayam Masak Kicap
By Shikin

Bahan-Bahan
Ayam - potong kecil
Cili Sos
Kicap
Garam
Gula
Kunyit
Bawang putih - mayang
Bawang Merah - mayang
Halia - hiris memanjang
Bawang besar - potong bulat
Minyak
Air (jika perlu)

Cara-Cara
  • Basuh ayam bersih-bersih. Letak garam kunyit secukupnya. Goreng sampai masak (jangan terlalu garing)ketepikan.
  • Alih minyak goreng ayam tadi kedalam bekas yang lain (tingglkan sedikit shj)
  • Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau.
  • Masukkan sos cili dan kicap secukupnya. Kacau sehingga garing. Kalau sos terlalu pekat masukkan sedikit air.
  • Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.
  • Masukkan pula bawang besar. Kaup balikkan. Agak-agak bawang tu dah layu bolehlah padamkan api.
  • Sedia untuk dihidangkan...
Sebenarnya boleh masukkan bahan-bahan sampingan yang lain lagi. Kalau ada karot, bunga kubis, baby corn @ tomato masukkanlah sekali. Nak pedas sikit, ketuk2 cili api masukkan sama. 

Red Velvet Kek aka Si Baldu Merah


Lama duk tengok orang post entry tentang Red Velvet Cake ni. Teringin nak buat tapi belum sampai2 seru...hehehe

Tapi sempena Aidiladha baru2 ni seru tu dah sampai. Cuba ajalah membuatnya walaupun tak berapa konfiden.

Saya guna resepi kek Velvet daripada AnnaQawina. Resepi cream cheese frosting juga daripada blog Ana. 


Alhamdulillah,menjadilah jugak, walau pun kek saya tu agak kering (ekceli tak berapa moist...) dan nampak 2 warna. (saya tak tau kenapa, tapi kalau perhatikan betul2 nampak dibahagian bawah berwarna koko manakala dibahagian atas berwarna merah)

Dan jangan ketawa bila tengok deco kek saya tu...memang hancusss... hehehe...inilah hasil kerastangan saya yerrr... Apapun cream cheese frosting tu sedap sangat...:)


RESEPI RED VELVET CAKE -MOIST
By Shikin
Sumber : Nurul@Cakes2U, AnnaQawina.blogspot

Bahan-bahan

A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam
B:
125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
280 g gula castor
C:
2 biji telur (gred B)
D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @cuka kurma
1 camb pewarna merah
E:
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)


CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
  • Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.
***********************************************************************

RESEPI KRIM CHEESE :

500 grm whipping cream-brand VIVO
250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste
Cara -cara :
  • Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
  • Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
  • Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
  • Boleh digunakan untuk menghias kek anda

Nasi Daging

Awal2 lagi dah aim nak masak nasi daging sempena Hari Raya Korban. Nak jamu adik-beradik yang datang kerumah. 

2,3 hari sebelum raya saya dah surfing dan BW, intai resepi2 yang sesuai. Zaman maklumat dihujung jari ni, memang mudah betul. Taip jer keywood dan enter...berduyun2 yang kluar. Hehehe...

Dalam banyak2 resepi nasi daging hasil carian tu, saya berkenan dengan resepi dibawah ni.

So, raya Haji baru2 ni saya buatlah. Alhamdulillah...sedap nasik dia. Kiranya dapat pujian lah daripada kaum keluarga yang merasa. En. Tahiri??? Thumbs up...



Nasi Daging
By Shikin 

Bahan-bahan ( 5 orang )
1 kilo beras Basmathi
1/2 kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit mentega/ minyak sapi
1/2 cawan tomato soup
1 cawan susu cair
sedikit garam

Cara-cara

  • Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  • Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  • Basuh beras dan toskan.
  • Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  • Masukkan beras dan kacau sekejap.
  • Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  • Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  • Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa)- saya masukkan kerisik kedalam air asam, acar timun dan daging yang telah direbus tadi. 

Selasa, 23 Oktober 2012

Lok Chin lagiii....



Sekali lagi layan Lok Ching @ satay ikan yang sedap ni. Kali ni guna ikan selayang macam dalam resepi.


LOKCHING @ Satay Ikan
By Shikin
Sumber : idazs

Bahan-bahan sate:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat 
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak
1 sudu besar baking power – saya tambah

Cara :
  • Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat
  • Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
  • Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
  • Panaskan minyak dan goreng sekejap.

 sedia untuk dibakar.

  • Cucukkan pada lidi dan bakar.
Bakar atas dapur gas jer...huhuhu
  • Celup dalam kuah manis dan pedas sebelum dinikmati.
Dah siap celup kuah...fuhh...sedappp.
p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

Bila makan satay ikan, mestilah ada sosnya, iaitu, sos pedas dan manis, kombinasi kedua-duanya sangat memikat rasa.


SOS MANIS
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
  2. Masukkan air.
  3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
  4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
  5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
• Untuk sos pedas, pula, saya bahagikan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas. hihihihi (saya pun buat macam ni)



Isnin, 22 Oktober 2012

Cendawan Crispy


Bahan-Bahan
Cendawan tiram secukupnya - basuh bersih2 dan toskan
Garam
Serbuk lada sulah/ lada hitam
Tepung serbaguna (blh juga guna campuran tepung jagung, tepung ubi, serbuk kari)
Minyak untuk menggoreng

Cara

  1. Gaul cendawan dengan garam dan serbuk lada secukupnya.
  2. Golek2kan cendawan di atas campuran tepung. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, masukkan cendawan.
  4. Goreng sehingga cendawan berwarna kekuningan.
  5. Angkat dan toskan.

Siakap 5 Rasa

Huihshh!!! Melampau betul. Tenggak2 sampai 5 rasa...

Tapi betulla memang 5 rasa pun, masam, manis, masin,pedas dan menyengat...hehehe.  Kan 5 rasa tu....

Whateverlah yerrr...

Ekceli main campak bahan2 yang sedia ada keliling rumah...klau nak follow resepi org sat gi tak cukup bahan.

Ok gak lah... Yang penting,suami dan anak2 layannn...


Siakap 5 Rasa
By Shikin

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap (sederhana besar) - bersihkan. lumur garam dan serbuk lada sulah. tabur tepung ubi rata2. ketepikan sebentar.
1 biji bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih - chopped
3 tangkai cili padi - hiris
1 batang serai - hiris
1 inci halia - hiris memanjang
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plam
lada benggala
karot - hiris panjang
minyak
garam & gula secukupnya



Cara

  1. Goreng ikan siakap sampai masak (deep fryer). Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, halia, serai, cili padi dan bawang besar sampai layu.
  3. Masukkan cili mesin. Kacau sehingga cili agak garing (jangan sampai hangit tau)
  4. Masukkan kesemua jenis sos. Kacau sebati. Kalau sos agak kering bolehlah masukkan sedikit air.
  5. Rasa kuahnya, kalau belum cukup rasa tambahlah apa yang patut. (note : sos tiram selalunya dah ada rasa masin)
  6. Masukkan karot dan lada benggala. Kacau sekejap.
  7. Padamkan api. Tuang kuah keatas ikan yang telah dihias di dalam pinggan.
  8. Sedia untuk dihidangkan.


Tomyam Seafood (Sotong)

Masuk resepi yerrr...


Tomyam Seafood (Sotong)
By Shikin

Bahan-Bahannya
Udang dan Sotong (boleh juga gunakan ayam @ daging @ campur semua sekali, tapi better diasingkan.)
3 sudu besar pes tomyam
2 biji bawang besar - hiris bulat. Kalau dapat bawang bombay lagi best sbb rasa dia manis
5 biji cili padi - ketuk2 sket utk mendapatkan rasa pedas yang menyengat
3-4 batang serai - hiris 2,3 secara menyerong
1 inci halia - hiris
2 inci lengkuas - hiris
3-4 helai daun limau purut - lurutkan daripada batangnya
1 sudu besar susu pekat manis
1 batang seleri - hiris
2 biji tomato - potong 4
karot, bunga kobis, putik jagung secukupnya - potong sesuka hati
Perahan limau nipis - ikut kemasaman yang dikehendaki
Air
Garam


Cara Membuatnya
  • Tuang air dalam periuk, masukkan pes tomyam, serai, lengkuas, halia, hirisan bawang besar, seleri dan cili padi. Masak sampai mendidih. (Api jangan terlalu kuat. Biar ia mendidih perlahan-lahan)
  • Masukkan sayur2 yang keras dulu (karot, putik jagung & bunga kobis) Biarkan seketika. Masukkan pula daun limau purut.
  • Masukkan udang, sotong. Didihkan sekejap.
  • Masukkan garam secukupnya.
  • Kemudian masukkan pula tomato.
  • Akhir sekali tuangkan perahan limau nipis dan masukkan susu pekat manis. Kacau sebati.
  • Padamkan api. Sedia ubtuk dihidangkan.
  • Hidangkan panas2 bersama nasi putih dan gandingan lauk pauk yang lain.
  • Boleh juga dimakan bersama mee, bihun yang telah dicelur

Ahad, 21 Oktober 2012

Lunch....


 Lunch tadi. 
Siakap 5 rasa ...tu dia aihhh, Tomyam Seafood (Sotong), Cendawan Crispy.
Alhamdulillah...
Semuanya menepati selera suami dan anak-anak.


Resepinya...nanti yerrr....

Sabtu, 20 Oktober 2012

Moistnyerrrrr...



Dah lama tak buat kek coklat. Sekali buat...hadap sampai tak hengat2. Hmmm...sedapnyerrr...moist sangat2. Rasa melekat2 kat anak tekak.

Ekceli saya buat kek ni sempena makan2 kat kolej hari tu...

Konon nak celebrate besday gitu...hehehe...

Tak de lah. Saja2 makan ngan kengkawan sebenarnya...

Masih menggunakan resepi2 sebelum ni, belum lagi terfikir nak cuba yang lain... :-)



Kek Coklat Kukus Mudah
by Shikin

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan sebuk koko
1 cawan minyak mazola
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe (saya x letak)
3 biji telur

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
-ayak bersama 2,3x

  
Cara memasak.
Satukan semua bahan A hingga sebati. (kali ni saya masak dulu kat atas dapur sehingga berkilat)
Masukkan bahan B. Kacau rata.
Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Topping mudah
1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Tom Yam Siakap

Buat petang kelmarin...


Tomyam Siakap
By Shikin
Inspired by : Restoran Redza

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap (sederhana besar)
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji cili merah* 
2 tangkai cili padi* (qtty terpulang kepada citarasa masing-masing-lebihkan kalau nak pedas, kurangkan kalau x nak)
2 ulas bawang putih* (*tumbuk2 sikit bagi pecah, tapi jgn sampai lumat pulak)
1/2 biji lada benggala (*optional) - potong ikut suka
5 batang serai - hiris menyerong (1 batang serai tu hiris 2,3, bukan hiris nipis2 tau)
1 1/2 inci lengkuas - hiris tebal
2 inci hali - hiris tebal
4 - 5 helai daun limau purut - carik2
Jus limau nipis 
Karot
Tomato - potong 4
cendawan butang, cendawan telinga, cendawan tiram - potong ikut suka ng)
1-2 sudu besar susu pekat manis
Garam dan gula
Air sejuk secukupnya


Cara-Cara Membuatnya
  • Tumis bawang besar cili padi dan cili merah tanpa minyak.
  • Masukkan air sejuk secukupnya untuk dijadikan kuah . 
  • Kemudian masukkan pula serai, lengkuas dan halia. Renehkan sehingga kuah mendidih. (saya lebih suka kalau tomyam ni lebih pedas, tp sbb makan dengan anak-anak, saya kurangkan qtty cili padinya)
  • Masukkan ikan. Didihkan sekejap.
  • Masukkan karot , cendawan dan lada benggala. Biar seketika.
  • Masukkan garam . Masukkan juga air perahan limau nipis secukupnya. (masak tomyam ni dia kena cukup rasa masamnya, baru best)
  • Masukkan susu pekat. 
  • Akhir sekali masukkan tomato dan terus padamkan api.
  • Bolehlah dihidangkan.
  • Makan masa panas2 lebih sedap.

Khamis, 18 Oktober 2012

Mee Bulat


Masak mee ni petang kelmarin. Tak tau nak panggil apa. Nak kata mee sanggul, bukan. Yee mee?? Ehh..bukan jugak kot. Tapi kat plastik tu dia tulis mee bulat. Bulat pun bulat lah...


Suami saya beli mee ni masa dengar ceramah Ust Shamsuri kat masjid al-Muttaqin. Keluaran bumiputera. Kalau tengok address tu tak jauhlah dari rumah saya, Hutan Kampung.


Rasanya...hmmm...memang sedap. Ada rasa ala-ala Mamee gitu.. Memang menariklah. Seisi keluarga suka.

Dalam plastik tu ada 5 keping mee, saya cuma masak 3 keping saja. Alhamdulillah cukup untuk kami 5 beranak.

Resepinya??? He he...hentam keromo saja sebab tak sempat nak skodeng resepi dalam tenet.


Mee Bulat
By Shikin

Bahan-Bahan
3 keping mee bulat
3 ulas bawang putih - chopped
5 ekor sotong  - boleh juga guna udang, ayam dsbgnya. lagi banyak bahan lagi sedap
1/2 kiub pati ayam - saya guna jenama Knorr
1 sudu besar sos tiram
2 biji telur
Karot - hiris memanjang
Bunga Kobis
Sawi
500ml air - yang ni boleh adjust sendiri sama ada nak lebih @ kurang
Garam
1/2 - 1 sudu besar serbuk lada hitam - optional
Sedikit minyak
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air

Cara

  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih sampai naik bau.
  • Masukkan sotong. Kacau seketika.
  • Kemudian masukkan air. Masukkan juga kiub pati ayam dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  • Apabila kuah telah mendidih, Masukkan mee, sayur2an, serta telur.
  • Tutup kuali supaya bahan-bahan tadi cepat masak.
  • Rasa kuahnya. Kalau dah cukup rasa, padamkan api. 
  • Sebelum padamkan api boleh juga masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
  • Sedia untuk dihidangkan. Mee ni lebih sedap jika dimakan dengan cili kicap.
Note :
*gunakan api yang kuat supaya mee cepat masak dan tidak terlalu kembang
*hati2 dengan penggunaan garam kerana sos tiram dan kiub pati ayam juga mempunyai rasa masinnya yang tersendiri.


Cili Kicap
By Shikin

Bahan (Kuantiti bahan2 ini boleh disesuaikan ikut citarasa masing2)
10 tangkai cili padi - hiris
1 sudu besar kicap pekat - saya guna kicap Mudim
2 sudu besar kicap manis - guna kicap cap kipas udang
Air suam secukupnya
Limau Kasturi

Cara
  • Masukkan kesemua bahan dalam satu mangkuk. 
  • Tekankan cili dengan sudu (untuk mengeluarkan rasa pedasnya). Gaul sebati.
  • Tambah air jika kuah kicap terlalu pekat.
  • Perahkan limau kasturi.
  • Cili kicap sedia untuk dimakan.

Rabu, 17 Oktober 2012

Paprik Sotong

Sotong ada 4,5 ekor dalam peti ais. 
Nak buat sambal @ kari macam tak cukup jerr.
 Stok sayur mmg berlambak. 
Sesuai untuk buat paprik.
So...paprik je lahh...


Paprik Sotong
By Shikin

Bahan-bahan
5 ekor sotong - hiris bulat
2 ulas bawang merah - mayang halus
1 ulas bawang putih - mayang halus
1 biji bawang besar - potong bulat
1 inci halia - hiris memanjang
3-4 tangkai cili padi - ketuk2 @ potong meyerong
2 batang kacang panjang - potong 11/2 inci
1/2 batang karot - hiris memanjang
bunga kobis - potong kecil
3 susu besar sos cili 
1 sudu besar sos tomato 
1 susu besar sos tiram
3 helai daun limau purut
Minyak masak
Garam dan gula secukupnya
Air (jika perlu)

Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
  2. Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika.
  3. Masukkan sotong serta kesemua sayuran. Kacau lagi. Kalau agak kering boleh tambah sedikit air.
  4. Kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili padi serta daun limau purut. kacau lagi.
  5. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Padamkan api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.


Ikan Goreng Sumbat Sambal

Sesekali mencipta kelainan untuk resepi ikan goreng ni. Belah belakang, sumbat ngan sambal. 

Fuhh!! Sedap! 

Tak lah asyik ikan goreng garam kunyit jerrr..


Ikan Goreng Sumbat Sambal
By Shikin

Bahan-Bahan
Ikan - saya guna ikan kembung.
3-4 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi
1 ketul belacan
1 biji bawang besar
garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara :
  1. Belah bahagian belakang ikan menggunakan pisau yang tajam. hati2 jangan sampai tembus dibahagian depan. Keluarkan insang dan isi perut. Basuh bersih dan toskan. Perapkan ikan dengan garam kunyit.
  2. Masukkan bahan-bahan lain dalam lesung. Tumbuk sampai hancur. (saya kisar guna chopper)
  3. Ambil bahan-bahan tumbuk , sumbatkan kedalam ikan yang telah dibelah belakang tadi.
  4. Panaskan minyak, goreng ikan sampai masak. (Hati2 semasa membalikkan ikan supaya bahan sumbat tadi tak terkeluar)

Selasa, 16 Oktober 2012

Makaroni Bakar


Try resepi makaroni bakar daripada dila ni. Saya Buat petang kelmarin.

Hasilnya??? Sedap!!! En. Tahiri dan anak2 semuanya suka. 

Nuha, masa panas-panas lagi dah berulang-ulang makan. Aiman dan Deena pun makan bertambah2.

Kredit to pemilik resepi. Minta izin share kat sini yerr...



Makaroni Bakar
By Shikin



Bahan-bahan 
300gm makaroni - saya guna jenis elbow
250 gm daging cincang
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju parut
minyak utk menumis & garam
cili merah
lada benggala
daun sup & daun bawang
karot - hiris halus memanjang

* bahan-bahan yang berwarna merah saya tambah




Cara-cara
  1. Rebus makaroni hingga empuk & toskan
  2. Kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
  4. Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
  5. Masukan makaroni,air,cili, daun sup daun bawang dan karot . Kacau hingga mendidih.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.Tuangkan telor dan taburkan keju. 
  7. Bakar selama 180 C (45 minit}


Satay Ikan @ Lok Chin

Sedang BW ternampak resepi sate ikan ni dalam blog Idazs. Terus saya save dalam folder draft. Dalam hati dah menggebu-gebu, mesti cuba ni...he he he...


Bukan apa..., sate ikan ni sangat nostalgik bagi saya.

Dulu-dulu masa zaman persekolahan, inilah antara jajan wajib saya dan rakan2. Tamat saja waktu sekolah, sementara menunggu bas datang, kami sibuk berkerumun di sekeliling motorsikal penjual sate ikan.

Melihat p.cik penjual membakar satenya satu persatu. Diambilnya sate daripada peti, kemudian diletakkan diatas tempat bara di belakang motosikal sambil tangannya mengayunkan kipas bagi menyalakan bara. Dalam keterujaan kami sabar menunggu. Ahh...Aromanya sangat menggamit selera. 

Kemudian sate yang siap dibakar dicelup kedalam sos manis dan sos pedas yang berwarna merah jernih. Lantas dimasukkan kedalam beg plastik jernih dan di serahkan kepada kami.

Tanpa berlengah kami terus mencicipi sate tersebut. Sedap...nikmat. Usia kanak-kanak, semua makanan dirasakan sedap. Secucuk sate ikan yang bernilai RM0.10 dinikmati sepuas-puasnya.

Semasa ke C-Mart Jitra baru-baru ni, ternampak orang menjual sate ikan. Melonjak-lonjak keinginan dalam hati nak membelinya. 

Saya beli 20 cucuk. Siap bakar dan dicelup kedalam kuahnya. Bawa balik makan bersama suami dan anak-anak. Sedap kata diorang. 

Dan bila saya cuba buat sendiri baru-baru ni, langsung tak tinggal bekas. Habis dimakan oleh suami dan anak-anak. 




LOKCHING @ Satay Ikan
By Shikin
Sumber : idazs

Bahan-bahan sate:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat (tak jumpa ikan selayang, saya guna ikan selar, ok juga)
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak
1 sudu besar baking power – saya tambah

Cara :
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

Satay ikan yang telah siap digoreng dan dicucukkan ke lidi dan sedia untuk dibakar.
Satay ikan yang telah siap digoreng, dicucuk pula pada lidi untuk memudahkan kita membakarnya. 

Bakar atas dapur gas jer...huhuhu
Bila makan satay ikan, mestilah ada sosnya, iaitu, sos pedas dan manis, kombinasi kedua-duanya sangat memikat rasa.


SOS MANIS
Bahan-bahan:


4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air

4 sudu makan gula

½ sudu makan garam

Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

• Untuk sos pedas, pula, saya bahagikan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas. hihihihi (saya pun buat macam ni)

Isnin, 15 Oktober 2012

Simple Breakfast

Aiman minta saya gorengkan nasi untuk dia pagi2 tadi. 

Tapi sebab tak der nasi sejuk yang nak digoreng, saya cuma buatkan sandwich telur untuk dia.

Just a simple sandwich, tapi Aiman makan dengan berselera dan tersenyum lebar. Saya tau dia suka sandwich yang saya buat tu. Siap tapau lagi sebagai bekal ke sekolah. Nak makan dengan kawan-kawan katanya...

Deena pun bila tengok saya sediakan sandwich, cepat-cepat mandi dan bersiap. Nak makan roti telur yang ummi buat katanya...

Hurrmmm...suka bila tengok sandwich yang simple tu hilang sekelip mata...

Benarkan air tangan ibu pengikat kasih nsyang anak-anak. Simple macam mana pun kalau ibu yang masak, pasti sedap di mulut anak-anak.

Bak kata Aiman dan Deena : No 1 yang masak paling sedap...Ummi, No 2...abah (he he ...abah pun masuk list yer...walaupun cuma masak nasi, goreng ikan dan telur saja...)


Sandwich Telur
By shikin

Bahan-Bahan
Roti Putih 
2 biji telur
Serbuk lada hitam/ lada sulah
Garam
Mayonis
Planta/mentega
Minyak masak

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali. 
  2. Pecahkan telur, masukkan serbuk lada hitam, garam secukupnya.
  3. Kacau cepat-cepat.(buat scramblle egg) 
  4. Angkat dan masukkan kedalam mangkuk.(tak perlu goreng sampai garing)
  5. Tuangkan mayonis secukupnya. Dengan menggunakan garfu, tekan-tekan telur supaya sebati dengan mayonis.
  6. Ambil 2 keping roti, sapukan dengan planta. 
  7. Letakkan telur tadi diatas sekeping roti secukupnya. Ratakan.
  8. Boleh letak cili sos kalau suka (biasa saya letak, tapi sbb Aiman dah pakai uniform sekolah, saya skip cili sos.)
  9. Tangkup dengan roti yang satu lagi.
  10. Potong 2 roti menjadi bentuk segitiga (ikut suka lah nak potong macam mana. tak potong pun tak perr)
  11. Sedia untuk dimakan. 
*kalau suka, boleh letakkan daun salad, hirisan tomato dan timun bersama-sama. (saya tak letak sbb anak2 tak suka.)

Ahad, 14 Oktober 2012

Sambal Belacan Limau Kasturi


Sambal Belacan Limau Kasturi
By Shikin

Bahan-Bahan
4 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
1 inci belacan - dibakar sekejap
Garam dan gula secukupnya
Limau Kasturi

Cara-Cara

  1. Masukkan kesemua bahan, kecuali limau kasturi kedalam lesung.
  2. Tumbuk sampai lumat.
  3. Perahkan dengan jus limau kasturi. Boleh juga hiris limau nipis-nipis dan gaul dengan sambal.
  4. Kaut sambal, masukkan kedalam piring.
  5. Hidang bersama ulam2 yang sesuai.

Ikan Bakar Portugis Deli Cheff

Guna readymade paste keluaran Deli Cheff yang diedarkan oleh Cosway.

Rasanya??? Hurmm...not bad. 

Boleh menjadi paste penyelamat saat-saat kritikal untul menyediakan hidangan untuk keluarga.

Kalau ikut arahan kat peket tu, paste ni boleh digunakan sebagai bahan perapan untuk aktiviti bakar membakar @ kukus mengukus.  Boleh juga digunakan sebagai rencah untuk menumis.

Senang bukan??? :-)


Ikan Bakar Portugis Deli Cheff
By Shikin

Bahan-Bahan
Ikan
Paste Ikan Bakar Portugis Deli Cheff
Garam
Daun Pisang
Bawang Besar
Limau Kasturi

Cara-Cara
  1. Cuci ikan dengan air asam jawa biar bersih, toskan.
  2. Lumur ikan dengan garam dan paste Ikan Bakar Portugis secukupnya.
  3. Balut ikan elok2 dengan daun pisang.
  4. Bakar ikan sampai masak.
  5. Hidangkan dengan hirisan bawang besar, cili potong dan limau kasturi.
*Kalau suka, boleh buat bahan cicahan sama ada air asam ataupun sambal kicap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini