Triffle...lalala...


Lama tak layan triffle ni...sesekali buat berebut2 suami dan anak-anak makan.



Puding Triple Layer (Triffle)
Resepi : Officemate
Sumber : Shikin

Bahan-bahannya
2 gulung swissroll/ kek coklat/ kek buah - saya guna kek span
1 tin fruit coktail
1 tin susu cair
1 tin air
5 sudu makan tepung kastard
5 sudu makan gula
1 kotak Jelly Crystal berperisa Strawberry/Raspberry (masak ikut arahan dalam kotak)

Cara membuatnya
  • Potong kek dan susun dalam bekas (kalau letak dalam bekas kaca jernih lagi cantik)
  • Tapis buah-buahan. Jirus air buah atas kek
  • Campur kastard, gula, susu cair, air dalam periuk. Kacau di atas api yang kecil hingga masak dan berkilat. (saya tambahkan 1 sudu besar serbuk agar-agar) Biarkan beku.
  • Tuangkan jelly yang telah dimasak diatas kastard. (lapik senduk atau sudu sebelum menuang ke atas kasrtad supaya adunan kastard tak pecah)
  • Sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu sebelum dimakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu