Kek Batik



Buat kek batik ni 2 malam lepas. 

Bahan-bahan ikut apa yang ada. (ni kes nak ngabiskan stok barang la ni...)


Kek Batik
By Shikin

Bahan-Bahan
Biskut marie (tak sampai sebungkus)
1 tin kecil Susu Pekat 
2 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar sebuk milo
200g butter
1 biji telur ( boleh letak 2,3 biji lagi sedap. tapi memandangkan telur kat rumah saya ada sebijik jer, letak 1 la..)

Sebelum...

Selepas...

Cara
  1. Mula-mula cairkan butter dengan api perlahan, kemudian tuangkan susu pekat. Kacau perlahan.
  2. Masukkan pula serbuk koko dan serbuk milo sambil mengacau adunan sehingga sebati. (guna handwhisk lagi senang)
  3. Masukkan telur, kacau sebati (api perlahan yer..). 
  4. Teruskan mengacau sampai adunan agak likat
  5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan. Kaup balikkan supaya biskut bergaul mesra dengan adunan coklat.
  6. Padamkan api. Tuangkan adunan biskut kedalam loyang yang sesuai.
  7. Tabur manik urai/coklat rice - jika suka (x tabur pun tak pe)
  8. Sejukkan. (kalau simpan dalam peti sejuk lagi sedap)
  9. Potong ikut suka...dan ngapla sampai habis...(confirm habih punya...)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu