Lok Chin lagiii....
Sekali lagi layan Lok Ching @ satay ikan yang sedap ni. Kali ni guna ikan selayang macam dalam resepi.
LOKCHING @ Satay Ikan
By Shikin
Sumber : idazs
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak
1 sudu besar baking power – saya tambah
By Shikin
Sumber : idazs
Bahan-bahan sate:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak
1 sudu besar baking power – saya tambah
Cara :
- Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat
- Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
- Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
- Panaskan minyak dan goreng sekejap.
- Cucukkan pada lidi dan bakar.
- Celup dalam kuah manis dan pedas sebelum dinikmati.
Dah siap celup kuah...fuhh...sedappp. |
p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.
Bila makan satay ikan, mestilah ada sosnya, iaitu, sos pedas dan manis, kombinasi kedua-duanya sangat memikat rasa.
SOS MANIS
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
Cara memasak:
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
Cara memasak:
- Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
- Masukkan air.
- Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
- Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
- Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
Ulasan
Catat Ulasan