Jelly Kelapa
Lama dah duk intai resepi jelly kelapa ni.
Tapi, asal teringin nak buat jer tak der pulak jumpa kelapa muda.
Kadang-kadang tu pulak dah terlepas gerai yang menjual kelapa muda ni baru teringat nak beli. Tapi nak patah balik bukan dialah.
Tependam macam tu aje lah hasrat dihati, menanti masa yang sesuai.
Baru-baru ni terberhenti kat gerai jual kelapa muda ni. Asalnya nak beli air untuk hilangkan dahaga tengah2 hari buta. Teringat pulak jelly kelapa..
Saya borong 4 biji sekali gus, siap suruh penjual tu kopek kan lagi. Bukan apa...saya nakkan efek isi kelapa yang bergerigi sbb kat rumah saya tak de pisau untuk menggaru isi kelapa tu. He he...
Kelapa yang saya beli tu pulak mewah dengan isi. Alhamdulillah memang berbaloi dengan harganya RM2.50 sebiji.
Jelly Kelapa
By Shikin
Resepi : K.Nor
Bahan-Bahan
1 paket agar2 serbuk (10gm)
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
Cara-Cara
Bahan-Bahan
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
Cara-Cara
- Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
- Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
- Padamkan api.
- Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
- Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.
Ulasan
Catat Ulasan