Weekend Special...

Hujung2 minggu mcm ni, bolehlah masak special sikit untuk keluarga.

Ekceli, lauk biasa jer...but it's special sbb ia lauk kegemaran suami. 


Apalagi lauk kegemaran En. Tahiri, kalau bukan kari. He he...nak nak pulak kari jenahak...memang feveret dia la...

Kali ni saya campurkan kacang buncis dan karot sebagai penambah rasa. Hmmm...layan.

Pelengkap hidangan, pucuk paku goreng sambal belacan dengan telur goreng dadar.



Resepi, macam biasa-biasa...


Kari Ikan Jenahak
by Shikin

Bahan-Bahan
1 ekor Ikan Jenahak (sederhana besar)- kali ni saya guna 1/2 ekor sahaja

3 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*

1/2 labu bawang besar*(*mayang halus)
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari - dilurut daunnya

2 bungkus rempah kari
Air asam jawa secukupnya(gaul rempah bersama air asam jawa sehingga sebati)
Santan (lebih kurang RM2.00)
Air secukupnya
Sedikit minyak
Garam secukupnya
Kacang buncis
Karot


Cara Membuatnya

  • Bersihkan ikan, cuci dengan asam dan garam. Letak tepi dulu.
  • Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biar sehingga kekuningan.
  • Masukkan rempah kari. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  • Tuangkan pula air dan santan. Kacau sebati. Biar sampai kuahnya mendidih.
  • Apabila kuah mendidih,masukkan kacang buncis dan karot 
  • Seterusnya  masukkan ikan. 
  • Bolehlah masukkan garam secukupnya.
  • Biarkan sekejap (Agak-agak lah ikan  tu dah masak. Jangan lama sangat takut ikan hancur)
  • Rasa asam garamnya. Kalau kurang rasa boleh ejas sendiri ikut sedap mulut masing-masing.
  • Masukkan tomato dan terus tutupkan api. (biar tomato layu dalam kuah yang panas tu) - skip sbb x pakai tomato kali ni.
  • Bolehlah dihidangkan.

Pucuk Paku Goreng Sambal Belacan 
by Shikin 
Bahan-Bahannya
2 ikat pucuk paku - ambik bahagian yang lembut saja, basuh bersih dan toskan.
Segenggam ikan bilis
2 ulas bawang merah - mayang halus
1 ulas bawang putih - mayang halus
1/2 biji bawang besar
3 camca besar sambal belacan
Minyak untuk menggoreng
Cara-Caranya



  • Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 
  • Tumiskan pula semua bawang dan cili sampai agak garing. 
  • Masukkan pucuk paku. Goreng sekejap. 
  • Masukkan garam dan gula secukupnya. 
  • Masukkan ikan bilis. Gaul sebati. 
  • Padamkan api. Angkat dan hidangkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu