Tomyam Putih Jenahak
Menu sahur hari ketiga...
Pagi-pagi buta layan tomyam??? Ok aperr!!! hehehe
En. Tahiri request tomyam ni. Balik keje kelmarin tengok dia dah beli 2 keping isi jenahak, dengan segala perkakas tomyam. Saya tinggal nak masak jer... So, layan lah...
Best jugak makan tomyam masa sahur. Sedap hirup tomyam panas-panas yg ada rasa masam dan pedas... Terbuka selera...
Guna resepi resepi tomyam siakap yang biasa saya buat. Resepi ada kat bawah...
Tomyam Putih Siakap Ala Redza
By Shikin
Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap - boleh masak sekor2 @ dipotong2 ikut suka (kali ni saya guna isi jenahak)
3 ulas bawang putih - ketuk
10 biji cili padi thai - ketuk
1 biji bawang besar - hiris bulat/potong baji (lupa nak letak. masak pagi2 duk mamun2 lg capai apa yg ingat)
5 batang serai - potong menyerong
2 inci lengkuas - hiris kasar
1 inci halia - hiris kasar
5 helai daun limau purut - potong menyerong
limau nipis - perah airnya sahaja
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar susu pekat manis
garam secukupnya
air
lada benggala ( ni pun x letak, lupa)
sayur2an (tomato, karot, bunga kubis etc)
cendawan telinga (boleh juga guna cendawan tiram, butang etc) - x letak kali ni
Cara2
- Masukkan bwg putih, cili padi, bawang besar, serai lengkuas, halia,daun limau purut dan air kedalam kuali/periuk.
- Panaskan api, reneh bahan2 tersebut sampai mendidih.
- Masukkan sos ikan, sayur2 yang keras. Biarkan seketika.
- Masukkan pula ikan, lada benggala, cendawan. Biar sampai ikan masak. (Masa ni api kena betul2 kuat. Kalau boleh tutup periuk/kuali spy ikan cpt masak.)
- Perah jus limau dan letakkan garam secukupnya.
- Masukkan juga susu pekat. Kacau sebati. Masukkan sekali tomato.
- Padamkan api
- Sedia untuk dihidang.
x penah lagi buat tomyam guna ikan...
BalasPadamsellau seafood je la...
kalo ada ikan leh cuba ni..
Cubalah cida. Memang menepati selera akak sekeluarga. Guna ikan siakap pun sedap. :)
Padam