Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 20 November 2011

Daging Masak Merah Ala Thai

Letak resepi dan gambar jer yer... Dah lama buat tapi tak sempat nak publish dalam blog...






Daging Masak Merah Ala Thai
By Shikin
Adaptasi Daripada  Buku : Hidangan Terbaik Dunia Thai - Nazira Noran

Bahan-Bahan
250gm daging - dihiris nipis dan diperap dengan dua sudu makan sos tomato semalaman
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 tangkai daun bawang - dipotong memanjang
1 tangkai daun ketumbar - dipotong memanjang
1 cawan air @ secukupnya
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak. Masukkan daging dan goreng sehingga separuh masak. Ketepikan di dalam kuali yang sama.
  2. Tumis cili kisar, sos cili dan sos tiram. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan satu cawan air ataupun secukupnya. Kacau dan biarkan hingga mendidih.
  4. Rasakan dengan garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan hirisan bawang besar, daun bawang dan ketumbar. Kacau sebati dan boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini