Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 5 November 2012

Fruit Tartlets



Akhirnya....

Berjaya juga saya buat fruit tart ni setelah sekian lama mengintai2 dalam blog2 yang lain. 

Tu pun setelah lama memendam rasa melihat fruit tart yang selalu ditayang di alam maya. Tapi hasrat tu sering tertangguh sebab payah benor nak dapat stok fresh fruit dekat2 sini. 

Untuk tart shellnya masih menggunakan resepi daripada k.Am Flora, manakala filing kastardnya saya guna resepi daripada Meow@Myresepi.

Alhamdulillah, gabungan rasa kedua-dua resepi ni menjadi dan mendapat pujian daripada suami dan anak2.


Fruit Tart
By Shikin

Pastry
Sumber : Kak Am Flora


Bahan-Bahan
1 biji telur
100gm butter
75gm gula ising
200gm tepung gandum
  • Satukan semua bahan, uli sampai jadi doh
  • Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart
  • Cucuk2 sikit dengan garfu
  • Bakar 15 minit - 160c

Filing Kastard

Sumber : Meow @ Myresepi

Bahan-bahan ( 4 5 orang )
500ml susu segar
3 atau 4 sudu tepung kastard
gula dan garam secukup rasa.
buah2an hiasan seperti kiwi, grape, peach, stoberi dan lain2(make sure bukan buah jenis yg bila kita potong dia jadi lebam contoh cam epal tu)
Jika suka sedikit cooking chocolate dicairkan kaedah double boiler


CARA2 MEMBUAT FILING KASTARD
  • Masukkan semua bahan2 kecuali buah2an hiasan kedalam periuk dan bila dah nampak nak likat cepat2 angkat. Jangan dimasak terlampau lama nanti jadi pudingle pulak..
  • Bila dah tutup api tu masukkan kedalam kulit tart yg telah dimasak seperti resepi kat atas tu..(boleh juga sapu dengan coklat cair terlebih dahulu)
  • Hiaslah dengan belahan buah2an hiasan.. dan masukkan kedalam peti ais utk mendapatkan rasa yg syedap.. ulala..
  • SELAMAT MENCUBAA :)

2 ulasan:

  1. masih lgi x berkesempatan nak buat fruit tat nie...huhuhu....

    BalasPadam
  2. Asyifa...kena mujahadah nih...hehehe...try buat sekali mesti jatuh hati...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini