Tomyam Putih Siakap Ala Redza

Yess...finally...

Dapat juga buat tomyam siakap macam yang selalu duk makan kat Redza Bukit Kayu Hitam.

Bila tanya en. hasben macam mana rasa tomyam kali ni? Dia jawab ok...sedap. Cuma takder rasa ajinomoto jerrr... (hehehe...taulah yg kat kedai tu kebanyakan rasa sedapnya dibantu dengan pak aji...)


Tomyam Putih Siakap Ala Redza
By Shikin

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap - boleh masak sekor2 @ dipotong2 ikut suka
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
10 biji cili padi thai - tumbuk kasar
1 biji bawang besar - hiris bulat
5 batang serai - potong menyerong
2 inci lengkuas - hiris kasar
1 inci halia - hiris kasar
5 helai daun limau purut - potong menyerong
limau nipis - perah airnya sahaja
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar susu pekat manis
garam secukupnya
air
lada benggala
sayur2an (tomato, karot, bunga kubis etc)
cendawan telinga (boleh juga guna cendawan tiram, butang etc)


Cara2
  • Masukkan bwg putih, cili padi, bawang besar, serai lengkuas, halia,daun limau purut dan air kedalam kuali/periuk.
  • Panaskan api, reneh bahan2 tersebut sampai mendidih.
  • Masukkan sos ikan, sayur2 yang keras. Biarkan seketika.
  • Masukkan pula ikan, lada benggala, cendawan. Biar sampai ikan masak.( Kalau boleh tutup periuk/kuali spy ikan cpt masak.)
  • Perah jus limau dan letakkan garam secukupnya.
  • Masukkan juga susu pekat.Kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan tomato.
  • Padamkan api
  • Sedia untukdihidang.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu