Kek Pisang Coklat Rice


Pernah buat kek pisang ikut resepi dibawah ni, masa tu saya bakar. 

Kelmarin buat lagi kek pisang ni, kali ni saya kukus pulak.

Untuk kedua2 metod ni (kukus/bakar) kedua2nya ok bagi saya. Cuma bila kukus dia lebih moist.

Anak-anak pulak tak kisah. Kukus ker bakar, bila dah siap semua habis di ngap...


Kek Pisang Chocolate Rice 
Oleh:Mahani Mahpor

Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3/4 cawan gula castor
2 biji telur
1 1/2 cawan pisang berangan dilenyek 
1/2 cawan minyak masak bole guna butter cair juga
sedikit esen pisang
50 gm coklat urai 

Cara-cara:
  1. Pukul telur & gula hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan pisang yang dilecek halus & esen perasa pisang.
  3. Masukkan minyak masak / butter cair.
  4. Akhir sekali masukkan tepung & soda bikarbonat.
  5. Bakar / kukus bakar 175 C selama 1 jam atau hingga masak

Selamat mencuba! :)


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng