Catatan

Biskut Sarang Semut

Imej
Update entry laju-laju...banyak post yang tertunggak ni hehehe... Saja pilih biskut sarang semut untuk raya tahun ni sebab terkenangkan nostalgia lama memarut biskut zaman anak dara dulu. Masterchefnya, emak saya la...  Tapi sekarang mak dah tak buat kuih2 raya ni. Tggu anak2 bawak balik 3,4 balang sorang. Anak ada 10 orang, berderet2lah kuih raya atas meja mak saya.... Resepi biskut ni saya ambik daripada blog  Galeri Duniaku . BISKUT SARANG SEMUT By Shikin BAHAN-BAHAN 250 gm butter atau marjerin 100gm gula halus 350 gm tepung gandum ...} 100 gm tepung jagung;...}di ayak 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanilla HIASAN sedikit coklat rice paper cup kecil secukupnya CARA- CARA 1. Pukul kembang butter dengan gula 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata 3. Masukkan tepung dan gaul rata 4. Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam paper cup 5. Taburkan coklat rice 6. Bakar dalam...

Biskut Raya 2013

Imej
Salam Aidilfitri 1434H.  Rasa lama tak update blog...sibuk sgt kot ngan urusan sambutan Aidilfitri baru2 ni. Dalam sibuk2 tu sempatlah juga saya buat beberapa jenis biskut. Itupun buat yang paling mudah.  Dalam 3 jenis biskut macam tu.  Biskut-biskut yang menjadi pilihan adalah : Biskut Sarang Semut Biskut Samperit Cornflake Coklat Tgk gambar biskut tu, pakai posing dalam talam aja. Tak sempat dah nak dressing cantik2. Baki biskut pun dah tak banyak mana. Yang pastinya cornflake coklat dah selamat masuk dalam perut...hehehe. Semuanya biskut2 oldies, sengaja nak mengembalikan nostalgia zaman silam. Tayang gambar dulu...lepas2 ni saya masuk resepinya pulak.

Roti Lapis Daging Berkeju

Imej
Roti Lapis Daging Berkeju By Shikin Bahan2: Utk Inti: 300gm daging cincang @ 4 kpg dading burger (dihancurkan) kalau nak daging lebih blh tmbh lg.. 2 ulas bwg putih 1 biji bwg besar 1/2 paket perencah daging black paper maggi sedikit air garam n gula minyak 12kpg roti 3biji telur 200ml susu fresh 8kpg slice cheese cheddar diparut *sayur2 ikut suka Cara2: utk inti Pnskan minyak, tumis bwg putih mskkan bwg besar n daging... grg hingga daging empuk. kemudian masukkan perencah black paper dgn sedikit air... masak sehingga daging msk n kering. ketepikan n biar sejuk. Untuk Roti lapis Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega bancuhkan telur dgn susu sehingga sebati celup roti kedalam bancuhan susu td dan susun dlm bekas. buat sehingga penuh bekas utk tingkat yg pertama. tuang kan separuh dr inti tadi keatas roti n ratakan. kemudian susun slice cheese keatas daging. tutup dgn lapisan roti yg dicelup sepe...

Kuih Sagu

Imej
Kuih kegemaran En.Tahiri Kuih Sagu Bahan-bahannya: 1 cawan sagu biji (170g) setengah cawan gula pasir (100g) sedikit pewarna/perasa sedikit kelapa parut muda (putih sahaja) sedikit garam halus Cara membuatnya: 1- Rendam sagu dalam air bersih selama 2 jam di dalam bekas. 2- Toskan airnya dengan penapis (tak perlu sampai kering airnya). 3- Masukkan gula dan pewarna. Kacau perlahan-lahan sehingga rata. 4- Masukkan campuran sagu tadi ke dalam acuan kecil (yang telah disapukan minyak). 5- Kukus selama 10-15 minit. Setelah masak angkat dan segera tuangkan lebihan air di atas kuih sekiranya ada. 6- Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan garam, sebelum dihidangkan.

Kari Ikan Bawal

Imej
Kari Ikan Bawal By Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ikan bawal - sederhana besar 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 2 tangkai daun kari 1 sdk halba campur 1 bgks rempah kari (bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste) Air asam jawa santan - RM1 Air Garam Minyak Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau. Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak Masukkan santan. Kacau sebati. Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan dan kacang panjang. Masak seketika. Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Mee Sanggul Goreng dan Apam Beras Kembang Tak Jadi

Imej
Tayang gambar ajelah.  Mee sanggul ni memang sentiasa ada stok di rumah saya. Senang, bila2 nak masak pun boleh. Anak2 pun suka ngan rasa mee sanggul ni. Bila dah digoreng rasa macam maggie pun ada. Proses menggoreng mee seperti biasa. Saya masukkan udang dan sotong serta telur goreng hancur sebagai rencahnya. Saya masukkan juga sawi dan hirisan karot. Manakala apam beras kembang tak jadi ni saya cuma nak tunjuk gambarnya aja. Sebab kejadiannya sangatlah menyedihkan. Dah la ini kali pertama saya cuba buat apam beras.  Nampak macam senang, tp rupa2nya susah juga nak menjadi ye... Dah macam kuih lompang pulak. Saya tabur2 juga kelapa parut.  Adalah 2,3 ketul yang dimakan anak2. Yang lain jadi habuan cik tong....

Bawal Masak Sos, Sotong Masak Kicap dan Cempedak Goreng

Imej
Salam Ramadhan ke 21. Sekejap je rasanya masa berlalu. Kita dah pun masuk ke fasa terakhir Ramadhan. Jom tingkatkan amalan di sepuluh malam yang terakhir ini kerana ganjaran kebajikannya berlipat kali ganda dari malam2 yang lain. Dalam pada tu aktiviti masak-memasak berjalan seperti biasa. Dah namanya wanita, menyediakan juadah untuk keluarga adalah tugas kita. Pagi ni untuk bersahur saya sediakan bawal masak sos dan sotong masak kicap. Dalam pada tu cempedak goreng nak menyelit juga hehehe. Ekceli, cempedak ni lebihan berbuka semalam. Saya cuma panaskan saja bagi dia garing2 sikit. Rupa2nya habis juga sepiring pagi2 buta cam ni. Syukur alhamdulillah. Tak perlu membazir. Bawal Masak Sos By Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ikan bawal 4 ulas bawang putih 1 biji bawang besar - dadu 3 sdb cili kisar 3 sdb sos cili 1 sdb sos tomato Nenas, timun - potong kiub Garam dan gula secukup rasa Cara-Cara Basuh ikan bersih2. Bubuh garam kunyit. ...