Bawal Masak Sos, Sotong Masak Kicap dan Cempedak Goreng
Salam Ramadhan ke 21.
Sekejap je rasanya masa berlalu. Kita dah pun masuk ke fasa terakhir Ramadhan. Jom tingkatkan amalan di sepuluh malam yang terakhir ini kerana ganjaran kebajikannya berlipat kali ganda dari malam2 yang lain.
Dalam pada tu aktiviti masak-memasak berjalan seperti biasa. Dah namanya wanita, menyediakan juadah untuk keluarga adalah tugas kita.
Pagi ni untuk bersahur saya sediakan bawal masak sos dan sotong masak kicap. Dalam pada tu cempedak goreng nak menyelit juga hehehe. Ekceli, cempedak ni lebihan berbuka semalam. Saya cuma panaskan saja bagi dia garing2 sikit. Rupa2nya habis juga sepiring pagi2 buta cam ni. Syukur alhamdulillah. Tak perlu membazir.
Bawal Masak Sos
By Shikin
Bahan-Bahan
1 ekor ikan bawal
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - dadu
3 sdb cili kisar
3 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
Nenas, timun - potong kiub
Garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara
- Basuh ikan bersih2. Bubuh garam kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan sampai masak. Angkat. Letak dalam pinggan. Ketepikan sekejap.
- Untuk sos, panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu.
- Masukkan cili kisar, kacau sekejap.
- Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Masak sampai pecah minyak.
- Masukkan sedikit air (biar berkuah sikit). Masukkan pula nenas dan timun. Biarkan sekejap.
- Letak garam dan gula secukupnya.
- Padamkan api. Curah kuah ke atas ikan bawal yang telah di goreng tadi.
- Hidangkan panas2.
Sotong Masak Kicap
By Shikin
Bahan-Bahan
200gm sotong
1 biji bawang besar
3 sdb cili kisar
2 sdb kicap pekat
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
Cara-cara
- Basuh sotong bersih2.
- Panaskan minyak. Tumis cili kisar. Kacau sampai garing dan pecah minyak. Masukkan kicap.
- Kemudian masukkan sotong. Gaul sebati. Tuang sedikit air kalau perlu.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Biar sampai sotong masak.
- Padamkan api. Angkat dan hidangkan.
Ulasan
Catat Ulasan