Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 13 November 2011

Kacang Panjang Goreng Dengan Telur

Tak mo pot-pet banyak-banyak. Cuma nak masukkan resepi jer...

Kacang Panjang Goreng Dengan Telur

Bahan-Bahan

Kacang Panjang - potong serong
1 ulas bawang putih - dimayang
2 ulas bawang merah - dimayang
Segenggam ikan bilis
1 biji cili merah - dihiris
Sebiji telur
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ikan bilis. Goreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dan juga cili merah sehingga naik bau.
  3. Masukkan kacang panjang. Kacau sehingga kacang hampir masak.
  4. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Kacau lagi.
  5. Masukkan pula telur dan garam secukupnya. Kacau sehingga telur masak.
  6. Padamkan api. Sedia untuk dhidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini