Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 5 November 2011

Kek Batik Dot-Dot


Antara resepi yang berada dalam waiting list. Alhamdulillah, dapat jugak buat hari ni. 

Biasa buat kek batik guna biskut marie. Resepi yang ni lain sikit sebab guna biskut jejari dan dimasukkan tepung gandum dalam adunannya. 

Cara membuatnya tak lah susah dan tak mengambil masa yang lama. Tetapi hasilnya sungguh mengujakan.

Rasanya??? Memang sedap...sangat sedap. Penuh dengan rasa coklat. Sangat kena sangat dengan selera penggemar coklat tegar...macam saya ni...:) :)

Ok,jom check resepi kat bawah ...


Kek Batik Dot Dot
Source:Pn Zuriana Abd Latip KR(fb) & Kak Am@serojakitchen.blogspot.com
Sharing By:  Shikin@Dari DapurUmmi , HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN2NYA:

½ buku buttercup /125g marjerin/mentega
2 cwn tepung gandum (*lain kali  letak 1 1/2 cawan sahaja)
2 biji telur
½ cwn gula
½ cwn milo + ¼ serbuk koko
½ cwn susu pekat
200g biskut jejari
sedikit esen vanilla


CARANYA
  1. Pukul telur, butter, gula & susu pekat hingga sebati
  2. masukkan milo + serbuk koko & tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
  3. kemudian masakan dlm kuali dgn api yg perlahan sehingga bertukar warna dan
  4. dikacau selalu. Tutupkan api & patah2 kan dua biskut jejari dan digaul rata
  5. *Boleh juga ditambah coklat chip - jika suka
  6. Bubuh ke dlm bekas/loyang yg dilapik plastik lalu tekan2 & mampatkan adunan tersebut
  7. Simpan dlm peti sejuk selama 4 jam dan kemudian bolehlah dipotong.

*Ketika nak meratakan/mampatkan permukaan adunan sarungkan tangan dgn plastik kerana ianya tidak akan melekat dan tekankan perlahan-lahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini