Saranghae... Kek Sarang Semut 🐜🐜🐜

Assalamualaikum semua. 
Lama betoi tak mai sapu2 sawang kat sini.  La ni apa2 kerja upload dalam Fb ja. Sampai terlupa blog nan satu ni. Blog yang dulu ruang untuk saya menitipkan resepi-resepi yang pernah dicuba. Tapi sekian lama tempatnya diambil oleh medsos yang lain. Kesian blogku 😢... 

Oklah... Dah hampir sebulan PKP berjalan. Selama tu juga la duduk aja kat rumah. Walaupun WFH, tapi ada banyak masa terluang berbanding keadaan biasa dulu. Banyak juga resepi yang sempat dicuba. 

Mungkin ini masa yang sesuai untuk kembali mengaktifkan blog Dari Dapur Ummi. Simpan semua kenangan masak-memasak disini. Selain tu, dapat juga berkongsi resepi dgn pembaca-pembaca sekalian (masih ada yang berkunjung ka?) Mudah-mudahan perkongsian yang tak seberapa ini ada kebaikan untuk kita semua 😘. 

Sebenarnya, 1st time saya cuba kek sarang semut ni 🐜🐜🐜. Alhamdulillah elok menjadi sarangnya 😍😍

Resepi saya ambik dalam group MAHN di Fb. 

KEK SARANG SEMUT 
Bahan A
1cawan gula
1 cawan air panas
3 sudu besar majerin
Daun pandan 
- Masak gula hingga kaler bertukar coklat..pastikan api kecik ya supaya tak hangit.
-lps tu mskkan air panas  dan daun pandan. Part ni kena hati2 sikit..takut air gula tu meruap / merecik terkena tangan. 
-Dah larut tutup api masukkan majerin..biar kan suam

Bahan B
4 biji telur B
1 tsp vanila
3 sudu besar susu pekat
3/4 cawan tepung gandum*
3/4 cawan tepung ubi*
1 sudu teh baking powder*
2 sudu teh soda bicarbonate* ayak..soda jgn membukit sgt..
(*Bahan yg diayak )

Cara dia
-Pukul telur, esen vanilla dan susu..saya pukul pakai sudu je..
-lps tu masukkan tepung yang diayak dan adunan telur td serta air gula hangus suam secara berselang seli sehingga abis.
-Tapiskan dan masukkan ke dalam loyang
- Bakar di dalam oven..saya guna 150 'c api bawah selama 50 minit..dan api atas selama 5 minit..oven ni ikut tahap kepanasan gak..

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu