Catatan

Simple Breakfast

Imej
Aiman minta saya gorengkan nasi untuk dia pagi2 tadi.  Tapi sebab tak der nasi sejuk yang nak digoreng, saya cuma buatkan sandwich telur untuk dia. Just a simple sandwich, tapi Aiman makan dengan berselera dan tersenyum lebar. Saya tau dia suka sandwich yang saya buat tu. Siap tapau lagi sebagai bekal ke sekolah. Nak makan dengan kawan-kawan katanya... Deena pun bila tengok saya sediakan sandwich, cepat-cepat mandi dan bersiap. Nak makan roti telur yang ummi buat katanya... Hurrmmm...suka bila tengok sandwich yang simple tu hilang sekelip mata... Benarkan air tangan ibu pengikat kasih nsyang anak-anak. Simple macam mana pun kalau ibu yang masak, pasti sedap di mulut anak-anak. Bak kata Aiman dan Deena : No 1 yang masak paling sedap...Ummi, No 2...abah (he he ...abah pun masuk list yer...walaupun cuma masak nasi, goreng ikan dan telur saja...) Sandwich Telur By shikin Bahan-Bahan Roti Putih  2 biji telur Serbuk lada hitam/ lada sulah...

Sambal Belacan Limau Kasturi

Imej
Sambal Belacan Limau Kasturi By Shikin Bahan-Bahan 4 tangkai cili merah 3 tangkai cili padi 1 inci belacan - dibakar sekejap Garam dan gula secukupnya Limau Kasturi Cara-Cara Masukkan kesemua bahan, kecuali limau kasturi kedalam lesung. Tumbuk sampai lumat. Perahkan dengan jus limau kasturi. Boleh juga hiris limau nipis-nipis dan gaul dengan sambal. Kaut sambal, masukkan kedalam piring. Hidang bersama ulam2 yang sesuai.

Ikan Bakar Portugis Deli Cheff

Imej
Guna readymade paste keluaran Deli Cheff yang diedarkan oleh Cosway. Rasanya??? Hurmm...not bad.  Boleh menjadi paste penyelamat saat-saat kritikal untul menyediakan hidangan untuk keluarga. Kalau ikut arahan kat peket tu, paste ni boleh digunakan sebagai bahan perapan untuk aktiviti bakar membakar @ kukus mengukus.  Boleh juga digunakan sebagai rencah untuk menumis. Senang bukan??? :-) Ikan Bakar Portugis Deli Cheff By Shikin Bahan-Bahan Ikan Paste Ikan Bakar Portugis Deli Cheff Garam Daun Pisang Bawang Besar Limau Kasturi Cara-Cara Cuci ikan dengan air asam jawa biar bersih, toskan. Lumur ikan dengan garam dan paste Ikan Bakar Portugis secukupnya. Balut ikan elok2 dengan daun pisang. Bakar ikan sampai masak. Hidangkan dengan hirisan bawang besar, cili potong dan limau kasturi. *Kalau suka, boleh buat bahan cicahan sama ada air asam ataupun sambal kicap.

Triffle...lalala...

Imej
Lama tak layan triffle ni...sesekali buat berebut2 suami dan anak-anak makan. Puding Triple Layer (Triffle) Resepi : Officemate Sumber : Shikin Bahan-bahannya 2 gulung swissroll/ kek coklat/ kek buah - saya guna kek span 1 tin fruit coktail 1 tin susu cair 1 tin air 5 sudu makan tepung kastard 5 sudu makan gula 1 kotak Jelly Crystal berperisa Strawberry/Raspberry (masak ikut arahan dalam kotak) Cara membuatnya Potong kek dan susun dalam bekas (kalau letak dalam bekas kaca jernih lagi cantik) Tapis buah-buahan. Jirus air buah atas kek Campur kastard, gula, susu cair, air dalam periuk. Kacau di atas api yang kecil hingga masak dan berkilat. (saya tambahkan 1 sudu besar serbuk agar-agar) Biarkan beku. Tuangkan jelly yang telah dimasak diatas kastard. (lapik senduk atau sudu sebelum menuang ke atas kasrtad supaya adunan kastard tak pecah) Sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu sebelum dimakan.

Homemade Cheezy Wedges

Imej
Alo lo loooo...aktiviti menternak lemak ni. Hurmmm...tp kalau jmpa cheezy wedges ni mmg tak lepas lah. Mesti nak ngap jugak. Tapi sikit2 jer lah yer... Resepi wedges yang simple ni saya cnp daripada Nonierahman.  Manakala sos cheezynya pulak, saya guna balance sos hari raya yang dibuat oleh adik saya. (kalau rajin boleh seacrh resepi dalam internet yer) Potato Wedges by Shikin sumber: nonierahman Bahan-bahan 4 biji ubi kentang ( buang kulit,basuh bersih2 - saya kukus sekejap) 5sb tepung gandum 5sb tepung beras 1sdt serbuk paprika (nak pakai serbuk kari pon boleh) 1sdt serbuk lada hitam 1 ulas bawang putih di cincang 1/4 sdt garam 1 biji telur Cara-cara Gaul semua bahan dan goreng pada api sederhana Angkat dan toskan. Letakkan dalam pinggan. Tuangkan mayonis, sos cheezy ke atasnya.... Apalagi...mulakan aktiviti menternak lemak yerrr...

Kek Batik

Imej
Buat kek batik ni 2 malam lepas.  Bahan-bahan ikut apa yang ada. (ni kes nak ngabiskan stok barang la ni...) Kek Batik By Shikin Bahan-Bahan Biskut marie (tak sampai sebungkus) 1 tin kecil Susu Pekat  2 sudu besar serbuk koko 3 sudu besar sebuk milo 200g butter 1 biji telur ( boleh letak 2,3 biji lagi sedap. tapi memandangkan telur kat rumah saya ada sebijik jer, letak 1 la..) Sebelum... Selepas... Cara Mula-mula cairkan butter dengan api perlahan, kemudian tuangkan susu pekat. Kacau perlahan. Masukkan pula serbuk koko dan serbuk milo sambil mengacau adunan sehingga sebati. (guna handwhisk lagi senang) Masukkan telur, kacau sebati (api perlahan yer..).  Teruskan mengacau sampai adunan agak likat Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan. Kaup balikkan supaya biskut bergaul mesra dengan adunan coklat. Padamkan api. Tuangkan adunan biskut kedalam loyang yang sesuai. Tabur manik urai/c...

Ayam Goreng Bersalut Tepung Ummi Style

Imej
Bila nak cepat, masak pun simple-simple ajer. Tapi yang simple tu lah yang best kan...kan... Kali ni goreng ayam bersalut tepung.  Ekceli, ini lah ayam goreng KFC, cara emak saya. Dulu masa kami kecik2 manalah mampu nak ke KFC. Dengan gaji abah yang tak seberapa, anak pulak sepuluh orang. Sekali-sekala bila abah beli ayam, mak goreng macam nilah. Huh...KFC pun kalah tau... Meskipun tak der resepi Uncle Sam macam KFC tuh, tapi sedapnya lebih dari menjilat jari. Ok, macam ni resepi dia.  Just lumur ayam dengan garam, serbuk lada, serbuk cili, dan serbuk kari.  Kemudian golek atas campuran tepung jagung, tepung ubi dan serbuk roti.  Terus goreng dalam minyak yang panas dan banyak. Sambil-sambil tu, taburkan daun kari masa menggoreng. Aromanya...fuhh!! Sungguh memikat.. Angkat, toskan minyak. Taraaa... Ayam goreng ummi ttp sedap dimulut suami dan anak-anak. Tak payah ke KFC ( tp kalau orang belanja nak p jugak...heh he...