Nasi Daging
Awal2 lagi dah aim nak masak nasi daging sempena Hari Raya Korban. Nak jamu adik-beradik yang datang kerumah.
2,3 hari sebelum raya saya dah surfing dan BW, intai resepi2 yang sesuai. Zaman maklumat dihujung jari ni, memang mudah betul. Taip jer keywood dan enter...berduyun2 yang kluar. Hehehe...
Dalam banyak2 resepi nasi daging hasil carian tu, saya berkenan dengan resepi dibawah ni.
So, raya Haji baru2 ni saya buatlah. Alhamdulillah...sedap nasik dia. Kiranya dapat pujian lah daripada kaum keluarga yang merasa. En. Tahiri??? Thumbs up...
By Shikin
Sumber : salwahcm @ myresipi.com
Bahan-bahan ( 5 orang )
1 kilo beras Basmathi
1/2 kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit mentega/ minyak sapi
1/2 cawan tomato soup
1 cawan susu cair
sedikit garam
Cara-cara
- Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
- Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
- Basuh beras dan toskan.
- Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
- Masukkan beras dan kacau sekejap.
- Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
- Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
- Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa)- saya masukkan kerisik kedalam air asam, acar timun dan daging yang telah direbus tadi.
Ulasan
Catat Ulasan