Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 31 Oktober 2012

Red Velvet Cup Cake (RVCC)


Letak entry RVCC ni. Kek dah yillek...hehehe

RED VELVET CUPCAKES

By Shikin
Sumber : Nurul@Cakes2UAnnaQawina
Bahan-bahan

A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
280 g gula castor
C:
2 biji telur (gred B)
D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @cuka kurma
1 camb pewarna merah
E:
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)



CARA-CARA:
Ayak (A)-ketepikan
Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
Masukkan (D)-pukul hingga sebati
Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
Masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese frosting.


CREAM CHEESE FROSTING 
Utk Cupcakes, gunakan separuh dari resepi dibawah)
By Shikin
Sumber : MakLang Azie & Rohana Ramli, AnnaQawina


Bahan-Bahan
500 grm whipping cream-brand RICH
250 grm cream Cheese-brand SCS
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste


Cara -cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda

2 ulasan:

  1. salam shikin...satu adunan ni dapat berapa biji cupcake ye..

    BalasPadam
  2. salam. k.liza, saya buat dua adunan sekaligus. cuma isi 15 cup. yang lain saya masuk dalam loyang. hehehe...sorry k.liza, tak leh nak agak la berapa cup 1 adunan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini