Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 16 Oktober 2012

Satay Ikan @ Lok Chin

Sedang BW ternampak resepi sate ikan ni dalam blog Idazs. Terus saya save dalam folder draft. Dalam hati dah menggebu-gebu, mesti cuba ni...he he he...


Bukan apa..., sate ikan ni sangat nostalgik bagi saya.

Dulu-dulu masa zaman persekolahan, inilah antara jajan wajib saya dan rakan2. Tamat saja waktu sekolah, sementara menunggu bas datang, kami sibuk berkerumun di sekeliling motorsikal penjual sate ikan.

Melihat p.cik penjual membakar satenya satu persatu. Diambilnya sate daripada peti, kemudian diletakkan diatas tempat bara di belakang motosikal sambil tangannya mengayunkan kipas bagi menyalakan bara. Dalam keterujaan kami sabar menunggu. Ahh...Aromanya sangat menggamit selera. 

Kemudian sate yang siap dibakar dicelup kedalam sos manis dan sos pedas yang berwarna merah jernih. Lantas dimasukkan kedalam beg plastik jernih dan di serahkan kepada kami.

Tanpa berlengah kami terus mencicipi sate tersebut. Sedap...nikmat. Usia kanak-kanak, semua makanan dirasakan sedap. Secucuk sate ikan yang bernilai RM0.10 dinikmati sepuas-puasnya.

Semasa ke C-Mart Jitra baru-baru ni, ternampak orang menjual sate ikan. Melonjak-lonjak keinginan dalam hati nak membelinya. 

Saya beli 20 cucuk. Siap bakar dan dicelup kedalam kuahnya. Bawa balik makan bersama suami dan anak-anak. Sedap kata diorang. 

Dan bila saya cuba buat sendiri baru-baru ni, langsung tak tinggal bekas. Habis dimakan oleh suami dan anak-anak. 




LOKCHING @ Satay Ikan
By Shikin
Sumber : idazs

Bahan-bahan sate:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat (tak jumpa ikan selayang, saya guna ikan selar, ok juga)
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak
1 sudu besar baking power – saya tambah

Cara :
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

Satay ikan yang telah siap digoreng dan dicucukkan ke lidi dan sedia untuk dibakar.
Satay ikan yang telah siap digoreng, dicucuk pula pada lidi untuk memudahkan kita membakarnya. 

Bakar atas dapur gas jer...huhuhu
Bila makan satay ikan, mestilah ada sosnya, iaitu, sos pedas dan manis, kombinasi kedua-duanya sangat memikat rasa.


SOS MANIS
Bahan-bahan:


4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air

4 sudu makan gula

½ sudu makan garam

Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

• Untuk sos pedas, pula, saya bahagikan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas. hihihihi (saya pun buat macam ni)

2 ulasan:

  1. wahh.. sedapnye.. memang nostalgia..say dulu2 memang suka sangat makan lok ching ni nak cuba lah..saya copy yer resepi ni..:)

    BalasPadam
  2. wana...cubalah, memang sedap...:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini