Lala Tumis Air

Lauk yang biasa-biasa aje, tapi tetap nak letak entry gak dalam blog ni. 

Bukannya apa dalam duk kata resepi biasa-biasa ada juga yang tak berapa biasa nak masak lala ni. Jadi saya letakkan entry tentang lala kali ni. 

Next time adinda-adinda dan anak-anakku kalau nak masak lala, refer kat sini yea...


Lala Tumis Air 
by Shikin

Bahan-Bahan
1kg lala
2 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 batang serai - dititik
2 biji cili merah (guna cili padi coz cili merah tak de stok) - potong memanjang
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukupnya (jika perlu)

Cara-Cara
  1. Rendam lala dalam air lebih kurang 1/2 jam untuk mengeluarkan pasir. Basuh bersih dan tos. Ketepikan
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dimayang beserta serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili merah. Kacau seketika.
  4. Masukkan bawang besar. Kacau lagi.
  5. Masukkan lala. Kaup balikkan sehingga kulit lala terbuka. Tambah air jika inginkan lala berkuah.
  6. Masukkan garam (jika perlu). Lala selalunya akan mengeluarkan rasa masinnya yang tersendiri.
  7. Angkat dan hidangkan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng