Cucur Ikan

Menghabiskan saki baki ikan temenung a.k.a ikan kembung yang ada dalam peti ais. 

Inspirasi daripada cucur yang selalu dibawa oleh rakan sekerja. Makan pagi-pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Biasanya saya buat cucur ikan bilis. Tapi cucur ikan kembung pun ok jugak... Sedap. Cicah pulak dengan sos yang sesuai. Hmmm...

Tak der resepi yang khusus untuk buat cucur ni. Boleh ejas ikut suka hati. Depend apa yang ada dalam dapur kita lah...

Ok, kita tengok apa bahan-bahan yang dimasukkan dalam cucur ni :


Cucur Ikan
by Shikin Inspired by Ta

Bahan-bahan
4-5 ekor ikan kembung (temenung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu cili kisar
1/2 ulas bawang besar
1 batang cili hidup
Air sejuk secukupnya (air dalam peti sejuk)
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya
  1. Ikan direbus sehingga masak. Asingkan isi dengan tulang. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung di dalam mangkuk. Tuangkan air sejuk secukupnya. Kacau sebati.
  3. Pecahkan telur. Kacau lagi.
  4. Masukkan bahan-bahan lain seperti isi ikan, cili kisar, bawang dan cili merah. Pastikan bahan-bahan sebati dengan adunan tepung.
  5. Perisakan dengan garam dan gula.
  6. Goreng dalam minyak yang banyak. Apabila masak, angkat dan toskan minyak.
  7. Hidangkan bersama sos yang sesuai.
*kalau suka boleh masukkan daun sup dan daun bawang yang dihiris ke dalam adunan tepung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng