Kangkung Goreng Udang Bercili

Sesekali layan kangkung goreng dengan nasi putih panas-panas pun sedap jugakkan. Selalunya kalau masak kangkung saya lebih suka buat kangkung goreng belacan. Tapi kali ni saya cuma goreng dengan udang dan cili merah yang dihiris-hiris sahaja. Tak pedas sangat dan anak-anak pun boleh makan.


Kangkung Goreng Bercili
by Shikin

Bahan-bahan
1 ikat kangkung - dipotong ikut kesesuaian. Basuh bersih-bersih dan toskan.
100 gm udang kecil - buang kepala dan ekornya
1 ulas bawang putih - dimayang
2 ulas bawang merah - dimayang
1/2 labu bawang besar - dihiris
1 biji cili merah - dihiris memanjang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  3. Masukkan udang, kacau seketika.
  4. Masukkan cili merah yang dihiris. Masukkan kangkung yang telah dibersihkan. Kacau sehingga kangkung masak.
  5. Perisakan dengan garam. (Jika suka boleh tambah sos tiram) Padamkan api.
  6. Sedia untuk dihidang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu