Mee Bulat


Masak mee ni petang kelmarin. Tak tau nak panggil apa. Nak kata mee sanggul, bukan. Yee mee?? Ehh..bukan jugak kot. Tapi kat plastik tu dia tulis mee bulat. Bulat pun bulat lah...


Suami saya beli mee ni masa dengar ceramah Ust Shamsuri kat masjid al-Muttaqin. Keluaran bumiputera. Kalau tengok address tu tak jauhlah dari rumah saya, Hutan Kampung.


Rasanya...hmmm...memang sedap. Ada rasa ala-ala Mamee gitu.. Memang menariklah. Seisi keluarga suka.

Dalam plastik tu ada 5 keping mee, saya cuma masak 3 keping saja. Alhamdulillah cukup untuk kami 5 beranak.

Resepinya??? He he...hentam keromo saja sebab tak sempat nak skodeng resepi dalam tenet.


Mee Bulat
By Shikin

Bahan-Bahan
3 keping mee bulat
3 ulas bawang putih - chopped
5 ekor sotong  - boleh juga guna udang, ayam dsbgnya. lagi banyak bahan lagi sedap
1/2 kiub pati ayam - saya guna jenama Knorr
1 sudu besar sos tiram
2 biji telur
Karot - hiris memanjang
Bunga Kobis
Sawi
500ml air - yang ni boleh adjust sendiri sama ada nak lebih @ kurang
Garam
1/2 - 1 sudu besar serbuk lada hitam - optional
Sedikit minyak
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air

Cara

  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih sampai naik bau.
  • Masukkan sotong. Kacau seketika.
  • Kemudian masukkan air. Masukkan juga kiub pati ayam dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  • Apabila kuah telah mendidih, Masukkan mee, sayur2an, serta telur.
  • Tutup kuali supaya bahan-bahan tadi cepat masak.
  • Rasa kuahnya. Kalau dah cukup rasa, padamkan api. 
  • Sebelum padamkan api boleh juga masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
  • Sedia untuk dihidangkan. Mee ni lebih sedap jika dimakan dengan cili kicap.
Note :
*gunakan api yang kuat supaya mee cepat masak dan tidak terlalu kembang
*hati2 dengan penggunaan garam kerana sos tiram dan kiub pati ayam juga mempunyai rasa masinnya yang tersendiri.


Cili Kicap
By Shikin

Bahan (Kuantiti bahan2 ini boleh disesuaikan ikut citarasa masing2)
10 tangkai cili padi - hiris
1 sudu besar kicap pekat - saya guna kicap Mudim
2 sudu besar kicap manis - guna kicap cap kipas udang
Air suam secukupnya
Limau Kasturi

Cara
  • Masukkan kesemua bahan dalam satu mangkuk. 
  • Tekankan cili dengan sudu (untuk mengeluarkan rasa pedasnya). Gaul sebati.
  • Tambah air jika kuah kicap terlalu pekat.
  • Perahkan limau kasturi.
  • Cili kicap sedia untuk dimakan.

Ulasan

  1. assalamualaikum umi,

    saya baru nak belajar maasak.terima kasih untuk resipi sbb saya pun beli mee bulat ni dekat masjid negeri shah alam dan malam ni rasa nak masak mee bulat ni.

    salam ukhwah

    Adik shema

    BalasPadam
  2. salam, betul sedap dan boleh buat stok. Sapa2 di kl yg x tau nak cari kat mana blh check dlm blok ni Odzyenterprise@blogspot.com, di situ ada disertakan senarai kedai yg jual nak jadi agen pengedar pun blh nak beli secara loose pun blh..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng