Puding Coklat Salju
Masa tengok puding ni kat blog k.liza, saya terus save resepi. Nampak sangat2 menggiurkan.
Hujung minggu baru2 ni sempatlah mencuba. Wallah...memang meriah dengan rasa coklat. Teksture dia pulak lemah lembut gitu, wajib makan pakai sudu.
Anak-anak la paling suka, bila buat hidangan berasaskan coklat macam ni. Tak sempat tunggu berbuka dah disambar Deena dengan Nuha sorang sebekas.
PUDING COKLAT SALJU
By Shikin
Sumber : K.Liza
Bhn2:
500 ml susu segar
80g-100 g gula halus
25 g mentega
100 g choc. masakan-dipotong kecil atau 50 g serbuk koko
25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu
Cara-cara
- Susu,gula,mentega dan choc. masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau.
- Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin.
- Matikan api.
- Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.
- Hias dgn choc. putih parut,choc. rice,kekacang cincang atau apa saja ikut selera.
- Simpan di dlm peti sejuk.
- Sedap disajikan sejuk.
**Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya mudah utk anak2 memakannya.
***Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong....tapi kalau nk bubuh jugak dlm bekas besar...masa menghidang,kenalah cedok dgn sendok.... :)
***klau menggunakan serbuk koko,lebihkan tepung jagung sedikit sebab adunan agak lembut drpd menggunakan choc potong tapi klau tak tambah tepung jagung pun tak apa asalkan adunan dibubuh di dalam mangkuk2 kecil...puding dalam gambar adalah contoh yg menggunakan serbuk koko...
Ulasan
Catat Ulasan