Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 16 Julai 2013

Daging Congo


Menu sahur 7

Menu favourite kami. 

Resepi warisan keluarga. Bahan-bahan yang simple saja tapi memasak perlu dengan api yang tidak terlalu kuat dan ambil sedikit masa supaya daging tu lembut dan bergaul mesra dengan semua bahan yang ada.


DAGING CONGO
by Shikin@Dari Dapur Ummi

Bahan-bahannya
1 kg daging - dihiris nipis
2 labu bawang besar - dikisar halus
1 labu bawang besar - dihiris
1/2 cawan kicap pekat
1/2 cawan air asam jawa
3/4 cawan pes cili (tambah jika nak pedas)
3 sudu besar gula (boleh ejas ikut kesesuaian)
garam secukupnya (jika perlu)
sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya

  1. Daging diperap bersama kicap, bawang besar yang dikisar, gula dan juga air asam jawa lebih kurang 1/2 jam
  2. Panaskan minyak dalam kuali , tumis bawang besar sampai layu. Tuangkan bahan-bahan perapan. 
  3. Masak dengan api perlahan sehingga air daging tinggal separuh (daging akan mengeluarkan airnya sendiri)
  4. Masukkan cili pes, masak lagi dengan api perlahan sehingga kuahnya agak pekat dan pecah minyak
  5. Rasa garam dan gula
  6. Sedia untuk dihidang

*Daging Congo ni juga sedap dicecah bersama roti, ketupat ataupun lemang.

4 ulasan:

  1. Makan dengan nasi minyak sedap ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sedap... :) dengan nasi tomato pun best. Hihihi...

      Padam
  2. Dah try semalam.. Mudah dah sedap.. :)

    Thanks.. Tapi xde amik gambar pun..

    BalasPadam
  3. boleh buat lagi lps ni... :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini