Durian Creepe Lagikk...



Durian Creepe lagik...hehehe...

Request En Tahiri la ni... mentang-mentang skrg ni musim durian...

Maka saya berbesar hati menyediakan creepe untuk suami tersayang.

Saya buat 2 adunan resepi dibawah. Guna pan saiz 26cm, dptlah lebih kurang 8-10 creepe.



DURIAN CREPE
By : Shikin
Sumber : Sofea@after6am

Bahan-bahan-
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sdk myk masak
1 sdb gula halus
40ml susu cair
150ml air
pwrna kuning
perisa durian 

Cara-caranya
  • Masuk semua bahan kedalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk dan tapis.Kalau pekat tambah air sedikit 
  • Boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu, untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih.
  • Ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yang dipegang..
  • Layangkan kuali agar adunan sekata
  • Masak atas api kecil.
  • Masak hingga kering, angkat tak perlu terbalikkan semasa mengangkat.

Filling
150ML FRESH CREAM (saya guna jenama Rich) diputar hingga kental..
(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
Isi durian..
  • ambil sekeping creepe (terbalikkan yang belah atas kebawah)
  • letakkan fresh cream letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
  • lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
  • siap


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu