Sambal Tumis Ayam

Sambal tumis stail bodo-bodo jerr...tapi saya suka. Suami dan anak-anak pun suka... :)


Sambal Tumis Ayam
By Shikin

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam
15-20 tangkai cili kisar + 1 biji bawang besar (blend)
1 biji bawang besar - hiris bulat
Sedikit air - jika perlu
asam keping
garam
gula
serbuk kunyit

Cara-cara
  1. Bersihkan ayam. Potong ikut saiz yang disukai. Letak garam kunyit. Goreng sampai masak. Ketepikan.
  2. Tumis cili kisar sampai garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan garam dan gula secukupnya. Masukkan juga asam keping atau air asam jawa.
  4. Masukkan pula ayam yang telah digoreng. Gaul sebati.(masukkan air jika perlu)
  5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar. Setelah bawang layu bolehlah dipadamkan api dan dihidang.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu