Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 15 Julai 2013

Kari Udang Thai

Menu sahur 6.

Beli udang kat pasar malam hari Sabtu. Dah cadang nak masak kari udang Thai petang tu. Tapi terpostpone la pulak...

Maka, udang tu masak petang kelmarin, buat makan sahur pagi ni.

Kari udang thai ni resepi kesukaan keluarga kami. Dari zaman anak dara lagi kalau abah beli udang selalunya minta dimasak dengan kari thai. 

Resepi ni pun kami ambil daripada majalah Saji (kalau tak silap) tapi saya kurang pasti keluaran bila. 

Yalah dulu2 ambik resepi, main salin dlm buku jer. Takder la pula reffrences nak dibacklink kan. Apapun terimakasih banyak2 kepada tuan yang menyumbangkan resepi asal. 


Kari Udang Thai
By Shikin
Resepi : Majalah Saji (x igt keluaran bila, dh lama dah...)

Bahan-Bahan
600gm udang besar (dibersihkan)
2 sudu besar minyak masak
3 batang serai
4 hiris lengkuas
4 helai aun limau purut
150ml susu cair + 150ml air (dicampurkan untuk dadih)
2 labu bawang besar*
3 biji tomato* (potong 4)
3 sudu besar jus limau nipis
sedikit daun ketumbar
garam dan gula secukupnya
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
10 tangkai cili kering #
8 biji cili merah#
5 biji cili padi #
10 ulas bawang merah#
10 ulas bawang putih#
1/2 sudu besar belacan# (bahan # dikisar halus)

Cara-cara
  • panaskan minyak, tumis bahan giling hingga wangi
  • masukkan serai,lengkuas, daun limau purut dan susu cair yang telah dicampur dengan air. biarkan mendidih
  • masukkan udang
  • masukkan bawang besar, tomato dan perasa
  • bila udang masak, masukkan jus limau dan daun ketumbar
  • padamkan api, sedia untuk dihidang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini