Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 9 Julai 2013

Masak Lemak Kuning Ayam Kampung

Kalau masak lauk macam ni kat rumah memang lah menjadi rebutan. Anak-anak cukup suka. Suami pun sama.

Masak ringkas-ringkas jer...Resepinya kat bawah...


Masak Lemak Kuning Ayam Kampung
By Shikin

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih-bersih
3-5 ulas bawang merah - mayang halus
1 ulas bawang besar - hiris nipis
3-4 batang serai - dititik
2 inci lengkuas - diketuk
1 biji cili merah - hiris
4-5 biji cili padi - hiris/ketuk/belah 2
2-3 keping asam gelugur
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 sdt sebuk kunyit
Garam
Karot
Tomato

Cara-Cara

  1. Masukkan semua bahan (kecuali garam, santan, karot dan tomato)  kedalam periuk.
  2. Hidupkan api, lebur bahan-bahan tadi dengan api perlahan.
  3. Selepas seketika, masukkan santan dan karot. Biarkan mendidih. (Pastikan kacau selalu spy santan tidak pecah minyak)
  4. Masukkan tomato.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya
  6. Padamkan api.
  7. Sedia untuk dihidang...


2 ulasan:

  1. kat putrajaya susah nk dpt ayam kampung
    ari tu jumpa, tp mahal...hampir rm20 sekor...

    BalasPadam
  2. Agak mahal la kan berbanding dgn ayam daging.. Kat sini blh dpt seekor dlm RM12-15 :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini