Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 10 Julai 2013

Serawa / Pengat Durian


Saya buat serawa ni malam kelmarin. Nak menghabiskan saki baki durian yg ada kat dapur sebelum Ramadhan bermula. 

Serawa tu saya bawa ke tempat kerja. Makan dengan rakan sekerja. Cicah roti jer...

Resepi serawa biasa-biasa jer... masuk semua benda, lebur sampai masak...


Serawa Durian
By Shikin

Bahan-Bahan
Durian 
Santan
Gula
Garam 
Daun Pandan (carik-carik dan simpulkan)

Cara-Cara
  1. Masukkan isi durian kedalam periuk. Masukkan santan. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula secukupnya.  Masukkan daun pandan.
  3. Masukkan juga secubit garam. Teruskan memasak sehingga semuanya sebati.
  4. Rasa kuahnya, kalau cukup lemak dan manisnya padamkan api.
  5. Bolehlah dihidangkan.
  6. Sedap dicicah dengan roti jala atau roti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini